Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin beri gambaran masih mahu mempertahankan kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Tegasnya, selaku penyandang, beliau memikul amanah bagi merealisasikan aspirasi rakyat dan penyokongnya daripada tiga komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, Serembu dan Tarat di bawah Parlimen berkenaan.